Saya menulis ini kerana rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit mengikut sudut pandangan Islam mengenai beberapa topik dalam kehidupan kita. Selepas mendengar khutbah semalam saya rasa ingin berkongsi sedikit mengenai apa yang saya dapat lihat dari aspek Islam. Saya sedar saya bukan lah seorang ustaz jauh lagi seorang tahfiz atau ulama'. Pernah juga saya dikatakan perasan menjadi ustaz atau perasan pandai mengenai agama tetapi tidak mengapa untuk mujahid kejalan Allah itu kan memang pahit. Jadi saya ingin berkongsi sedikit mengenai apa yang saya ketahui. Inshaa Allah saya akan masukkan video-video yang antara menjadi rujukan saya dalam penulisan ini. Semoga boleh mengingatkan kita semua dan diri saya supaya Lebih dekat dengan Allah s.w.t dan Rasullallah s.a.w. Inshaa Allah.
Tajuk pertama saya adalah mengenai penggunaan laman sosial. Sedia tahu lambakan lama sosial pada abad ini ada banyak seperti Facebook, Instagram, Twitter, Blog dan bermacam-macam lagi. Pelbagai cara kita gunakan dalam penggunaan lama sosial begini. Berbagai ragam dan cara digunakan untuk menarik perhatian dan mencantikkan laman sosial kita. Pelbagai juga 'post' dan gambar kita masukkan untuk rakan-rakan kita. Pelbagai 'comment' pula yang kita buat dan kita dapat. Gembira dapat berinteraksi semula engan kawan yang sudah lama tidak kita jumpa. Lebih seronok dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru. Bukan itu banyak membawa kebaikan kepada kita dalam kehidupan kita bermasyarakat. Nampak seperti tiada masalah kan. Jika betul kenapa sesetengah negara mengharamkan laman sosial sebagai contoh China atau Iran? Kenapa perlu disekat penggunaannya jika ia boleh mendekatkan kita dengan orang ramai? Hari ini saya cuba mengungkap kelemahan dan kesilapan yang saya nampak dalam penggunaan laman sosial ini. Maaf jika ada yang terasa tetapi cuba berfikir secara positif dan terbuka kerana saya cuba melihat dari perspektif penyalahgunaan laman sosial dalam kehidupan kita. Saya hanya berkongsi apa yang saya lihat dan saya belajar dari pengalaman dan apa yang saya pelajari mengenai platfom yang amat popular ini.
Laman sosial ini sudah lama berada di dalam negara kita seingat saya bermula dengan MIRC. Saya sendiri mula kenal MIRC semasa saya bersekolah dalam tahun 1997. Berbeza dengan sekarang laman interaksi ini lebih kepada berbual secara langsung atau 'live'. Kita tidak dapat melihat siapa yang kita sedang berinteraksi hanya nama atau 'nickname' sahaja yang kita kenali. Kemudian mula muncul MySpace dan mula berkembang luas selepas Facebook diperkenalkan. Pada permulaan nampak baik tetapi akibat terlalu leka kita telah banyak terlepas pandang garis panduan yang agama kita telah letakkan dalam kehidupan seharian kita.
Ramai yang mengatakan kepada saya mereka bukan buat apa-apa hanya berinteraksi dan berkongsi dengan rakan-rakan dan orang ramai pengalaman mereka gambar mereka dan kehidupan mereka. Ini isu pertama yang ingin saya katakan. Pertama mengenai profile kita. Pernah sahabat semua terfikir adakah perlu kita memberitahu semua orang tentang peribadi kita? Tarikh lahir kita, tempat tinggal kita, dimana kita belajar, dimana dan apa pekerjaan kita. Yang lebih hebat lagi sekarang boleh tunjukkan lokasi kita berada dimana kita sekarang. Pernah sahabat semua terfikir didalam dunia laman sosial ini tiada batasan. Pepatah melayu ada mengatakan 'Rambut sama hitam tapi hati tidak sama warna'. Dari pepatah ini banyak kita boleh kupas lagi mendalam. Bila kita meletakkan butiran peribadi kita kepada orang ramai kita mendedahkan bahaya kepada diri kita Berapa ramai antara kita meletakkan 'password' kita tidak kira email atau laman sosial atau juga akaun bank kita melalui tarikh lahir kita. Ada juga meletakkan nama orang tersayang sebagai 'password'. Bila kita letak di profil bukan mudah untuk orang mengambil nombor itu. Jangan katakan orang tidak akan terfikir kerana anda semua perlu faham seorang penggodam atau 'hacker' hanya perlukan sedikit informasi tentang diri anda untuk mencuba menggodam akaun anda. Jika penjenayah pula mereka boleh memantau anda kerana mereka tidak perlu bersusah payah untuk mengikut anda hanya perlu melihat anda dimana dan menunggu ditempat yang anda biasa pergi atau tempat tinggal atau tempat kerja anda dimana. Mungkin sekarang ramai yang mengatakan bahawa mereka telah 'private' akaun mereka. Betul anda 'privatise' akaun anda. Satu permasalahan yang saya ingin bertanya dalam beratus atau beribu rakan-rakan anda berapa ramai yang betul anda kenal. Berape banyak 'fake' akaun yang berada dalam rakan anda itu. Cuba anda lihat dan periksa semula. Untuk membina satu akaun tidak susah kerana kita hanya perlu sedikit informasi yang perlu di isi dan letak beberapa gambar untuk menguatkan kepercayaan orang kepada kita. Selain itu kita boleh membina beberapa akaun 'fake' yang lain dan kita 'add' sebagai rakan untuk menampakkan akaun kita adalah benar. Saya ingin bertanyakan anda berapa ramai rakan kita itu yang kita pernah jumpa atau berinteraksi dalam dunia realiti?. Tidak mengapa nanti saya akan ceritakan lagi mengenai rakan dalam laman sosial ini. Berbalik kepada profil kita. Pernah kah anda membaca profil kawan kita mngatakan dia seorang 'manager' atau belajar di Oxford University. Wow pasti anda akan rasa hebatnya mereka. Kita pula mula memuji dia dan memandang tinggi kepada mereka. Pasti mereka ini orang yang hebat dan berjaya. Ingin saya bertanya kepada sahabat adakah perlu kita dipandang hebat atau pujian dari manusia kita perlukan. Sahabat sedarlah dari pujian sebegini akan menimbulkan sifat riak dan banggakan diri walau tidak banyak sedikit pasti akan ada dalam hati akan timbul. Kita mula bangga dengan pujian dan pandangan manusia. Dari itu kita mula merasakan bahawa kita susah untuk ditegur dan semua orang perlu mendengar pandangan kita sahaja kerana kita adalah orang yang hebat. Ye lah kita seorang yang berjaya seorang 'Manager' atau seorang yang berpelajaran tinggi. Dari itu pula timbul pula perasaan iri hati dari rakan yang melihat kita sebegini. Ada pula orang yang cuma mencari kesalahan kita pula kerana merasakan sahabat terlalu bangga penunjukkan pangkat atau pelajaran tinggi anda. Ini kerana kita tiada pengimbas atau scanner untuk melihat adakah hati rakan kita ini ikhlas atau tidak. Jangan katakan rakan sahaja mungkin rakan rapat atau saudara kita boleh menjadi iri hati dengan apa yang kita tunjukkan. Saya sendiri mempunyai pengalaman dikatakan berlagak oleh saudara sendiri kerana membeli sebiji kereta. Jadi jangan sangkakan air yang tenang tiada buaya. Renungkan sejenak sahabat adakah perlu kita menimbulkan masalah sebegini. Pujian dari manusia atau Pujian Allah yang kita perlukan? Perlukah kita membanggakan diri kita mengenai kejayaan dunia kita yang sementara ini? Adakah kehidupan abadi nanti kita berjaya seperti di profil kita. Adakah kita ingin menjadi penyebab sifat iri hati timbul dari orang yang melihat profil kita? terpulang untuk anda fikirkan kerana dalam islam kita dianjurkan untuk bersifat merendahkan diri tetapi adakah dengan menunjukkan kerjaya kita dan ukuran pelajaran kita mengikut sifat yang dianjurkan oleh Rasullah s.a.w. Adakah kita seorang Menteri atau doktor yang merawat yang perlu kita tahu setakat mana kemahiran mereka dengan pelajaran mereka atau pangkat mereka? Fikirkan dan renungkan sahabat. Seperti anda tahu ada juga status perhubungan kita. Bagi saya itu adalah perkara yang boleh cuma jika sahabat semua perasan terdapat beberapa status yang tidak berapa sesuai jika kita kaji semula. Pasti kita ada terlihat status 'open relationship'. Jika anda kaji maksud sebenar status itu ialah :An open relationship is an interpersonal relationship in which the parties want to be together but agree to a form of a non-monogamous relationship.[1] This means that they agree that a romantic or intimate relationship with another person is accepted, permitted, or tolerated. Generally, an open relationship is when the parties involved have two or moreromantic or sexual relationships occurring at the same time either as a short term relationship, such as dating, or long term relationship, such as marriage.[2] The concept of an open relationship has been recognized since the 1970s.[3]. Ini dipetik dari wikipedia. Jika dimudahkan ialah hubungan rambang yang saya rasa tidak dianjurkan oleh bangsa kita dan dilarang sama sekali di dalam Islam. Cuba sahabat lihat berapa ramai yang menggunakan status ini. Yang agak menyedihkan ramai juga antara sahabat-sahabat kita yang lain menggunakan tanpa mengetahui maksud sebenarnya. Kaji semula sahabat semua jangan terlalu mengikuti barat yang sentiasa cuba memesongkan akidah kita dengan perkara perkara sebegini.
Kedua saya ingin menceritakan tentang gambar-gambar yang kita amat suka hantar dalam laman sosial kita. Soalan pertama saya kepada sahabat semua pernah kah anda semua sedar setiap gambar yang kita masukkan didalam internet ini adalah kekal. Ramai yang menyangka apabila kita 'delete' gambar itu jadi hilanglah gambar itu. Dukacita saya ingin katakan gambar anda masih ada lagi. Mungkin didalam laman anda sudah tiada lagi tetapi jika anda search galam google masih ada lagi. Anda perlu tahu ada cache web yang masih mengekalkan apa sahaja post atau gambar yang kita pernah hantar. Bagi yang menggunakan secara biasa agak susah untuk kita cari tetapi pagi seorang penggodam ia tidak sebegitu susah. Saya boleh mengatakan begini kerana saya sendiri pernah search blog sahabat lama saya walaupun dia sudah tutup tetapi saya masih dapat lagi tangok last cache post dia. Jadi percaya lah ia masih kekal. Selepas itu ini saya cuba utarkan terutama kepada wanita. Ramai yang suka mengambil gambar bermacam-macam mimik dan banyak selfie. Nampak comel-comel dan ayu. Ada juga lelaki yang suka menghantar gambar begini juga. Jika ditanya ramai yang akan menjawab ini untuk suka-suka. Pernah sahabat semua sedar jika kita mengambil gambar yang boleh menaikkan nafsu seorang yang bukan muhrim itu adalah haram. Bergambar comel serta berpakaian yang mendedahkan aurat itu anda sedia tahu itu adalah dosa besar. Tetapi jika anda bertudung tetapi pakaian anda masih menampakkan bonjolan buah dada dan punggung anda tidak banyak beza nya dengan tidak menutup aurat.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah al-Nur : 31)
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.” (Surah al-Nur : 31)
Saya sertakan sekali hadis dan ayat tafsiran yang boleh kita fikirkan Inshaa Allah. Ada beberapa lagi yang tidak saya sertakan semoga yang ini cukup untuk kita berfikir adakah pakaian yang kita pakai adalah berlandaskan hukum Allah swt.
Ada pula sahabat-sahabat kita yang bergambar melentik-lentik lah menampakkan punggung dan dada. Ini semua boleh menimbulkan fitnah sahabat semua. Jika sahabat tidak percaya sekarang ada wujud 'web' atau laman yang mengambil gambar-gambar wanita yang bertudung. Cuba sahabat 'search' awek-impian.net. Itu salah satu web yang mengambil gambar wanita terutama bertudung atau seksi. Bukan saya cuba menakutkan seperti pernah seorang sahabat saya katakan ' kolot lah semua tidak boleh tidak faham kehendak kita' tetapi perkara ini berlaku juga. Bukan susah untuk anda download gambar seseorang dari laman sosial nya. Hanya copy sahaja gambar itu boleh disimpan. Ingin ke gambar kita digunakan untuk diubah dan diletakkan gambar lain atau digunakan oleh orang yang berniat tidak baik. Kalau boleh elakkan lah fitnah sahabat semua bak kata pepatah ' mencegah lebih baik dari mengubati'.
Satu lagi permasalahan ialah rakan dalam laman sosial. Seronok mempunyai rakan dan kawan dan ramai. Bersembang berkongsi masalah,'enjoy', ceritakan mana kita hendak pergi, apa pengalaman kita dan bermacam-macam lah perkongsian yang kita boleh buat. Sebelum saya teruskan saya ini, saya ingin menyatakan bukanlah saya ini tidak suka berkawan. Saya juga mempunyai rakan dan ada yang saya masih hubungi dari rakan sekolah rendah sehingga rakan kerja sekarang. Masalah yang saya ingin nyatakan banyak antara kita terlalu seronok ingin berkawan dan berkenalan sehingga kita terlupa untuk mengkaji dahulu siapa dahulu kawan kita. Kita terlalu seronok untuk 'accept' semua friend request sehingga ramai yang lupa mengkaji adakah kawan kita itu adalah rakan benar atau hanya 'fake account'. Cuba sahabat lihat seperti telah saya nyatakan diawal penulisan ini ade orang akan cuba menggodam akaun kita. Terdapat banyak sebab dan jangan katakan anda tidak terdedah kepada bahaya ini. Jika anda tanyakan kepada penggodam ada yang menggodam kerana bekas kekasih atau musuh lama atau mungkin hanya untuk mencuba sebagai eksperimen. Jadi sebelum anda menerima sebarang 'request' periksa dahulu sahabat.
Dalam ramai kawan laman sosial ini kita seronok berinteraksi sehingga tidak sedar sebenarnya siapa rakan mereka ini sebenarnya. Sahabat perlu ingat didalam laman sosial ini tiada pengesahan yang mengatakan bahawa maklumat yang kita beri adalah benar. Saya beri contoh mudah umur seseorang itu boleh diletak berapa sahaja yang penting kita perlu lebih 18 tahun. Jika kita buka akaun pernah anda semua diminta memberi tanda pengesahan maklumat kita. Tidak kan. Jadi fikirkan sahabat adakah maklumat rakan anda adalah benar. Kita mungkin boleh kata ' tidak mengapa bukan dia kenal atau jumpa aku pun' tetapi jangan lupa seperti saya katakan tadi seseorang yang ingin menggodam anda tidak perlukan banyak pun maklumat anda cuma sedikit sahaja boleh membuatkan mereka memasuki dan mengganggu hidup anda.
Ada juga diantara kita yang berkongski perasaaan melalui status atau message kepada sahabat. Meminta pandangan dan berkongsi masalah masing-masing. Mungkin ada yang berborak dengan kawan sekolah atau rakan kerja yang lama tidak dijumpa seperti mereka masih lagi bersama dahulu. Pernah sabahat renungkan setelah bertahun-tahun kita tidak berjumpa adakah sahabat kita itu adalah orang yang sama. Contoh mudah letakkan kepada diri kita sendiri setelah bertahun adakah kita masih lagi seperti kanak-kanak atau remaja yang sama seperti sekolah dahulu. Pasti kita sudah berubah kan dan kita kena tahu serubahan manusia berbeza tidak sama seperti kita. Saya rasa sahabat semua boleh renungkan dan ambil masa berfikir sejauh mana kepercayaan kita kepada sahabat kita. Saya beri satu cerita mudah mengenai seorang sahabat ini yang mengenali seorang kawan sekerja. Mereka menjadi amat baik dan sentiasa berkongsi masalah duka dan duka bersama. Segala pandangan sahabatnya itu lebih dipercayai dari bakal suaminya sehingga masalah untuk perkahwinan sahabat ini dia lebih mendengar kawan dia katakan. Akhirnya dia memutuskan untuk memutuskan ikatan setelah merasakan bakal suaminya itu terlalu banyak kekurangan walaupun sudah bertahun mereka bersama. Jadi dipendekkan setelah beberapa lama lama baru sahabat ini sedar kawan baik dia ini sebenarnya menikam dia dari belakang dengan banyak memburukkan dirinya kepada majikannya. Jadi setelah itu baru dia tahu bahawa kawan dia yang disangkakan sahabat sehidup semati itu hanya inginkan kehancuran dirinya. Ini contoh yang mudah sahabat yang kita jumpa seharian dan selalu berbual. Adakah sahabat semua percaya lagi sahabat laman sosial anda. Bukan saya cakap tidak perlu percaya tetapi berhati- hatilah dalam setiap pergaulan kita. Periksa dan perhatikan dahulu siapa yang perlu kita beritahu masalah kita jangan sampai membuka aib orang lain dan diri. Nauzubillahiminzalik..

No comments:
Post a Comment