Sunday, 2 February 2014

Perjalanan Hidup - Ramli Sarip

Assalamualaikum..

Lama tidak post anything. Banyak benda perlu diselesaikan dahulu dan Alhamdulillah hari ni saya ada masa sedikit untuk post sedikit lagu. Lagu ini saya kenal sejak kecil lagi kerana ayah saya seorang peminat Ramli Sarip. Saya masih ingat lagi dia mesti ada hampir semua kaset Ramli Sarip yang ada. Ramli Sarip antara penyanyi awal yang saya kenal menyanyi kan lagu-lagu berunsur ketuhanan dan keinsafan. Ini salah satu lagu yang amat baik untuk kita hayati. Semoga dapat memberi manafaat kepada kita Inshaa Allah





Perjalanan Hidup - Ramli Sarip

Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku

Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku

Aku setia hanya padamu
Aku setia hanya padamu

2 comments:

  1. jangan lupa bahawa melodi lagu dan lirik Perjalanan Hidup adalah ciptaan Dr wan zawawi; Ramli Sarip adalah penyanyi laguiini, sekian.

    ReplyDelete
  2. Benarlah lagu dan irama tidak dapat dipisahkan,sama saling memerlukan..
    Kena liriknya kena rentaknya Pasti Ngam..
    SeRASA..seJIWA..SeKATA..seSAMA

    ReplyDelete