Saturday, 18 January 2014

Kesilapan dalam penggunaan Laman Sosial (complete)

Assalamualaikum..

Saya menulis ini kerana rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit mengikut sudut pandangan Islam mengenai beberapa topik dalam kehidupan kita. Selepas mendengar khutbah semalam saya rasa ingin berkongsi sedikit mengenai apa yang saya dapat lihat dari aspek Islam. Saya sedar saya bukan lah seorang ustaz jauh lagi seorang tahfiz atau ulama'. Pernah juga saya dikatakan perasan menjadi ustaz atau perasan pandai mengenai agama tetapi tidak mengapa untuk mujahid kejalan Allah itu kan memang pahit. Jadi saya ingin berkongsi sedikit mengenai apa yang saya ketahui. Inshaa Allah saya akan masukkan video-video yang antara menjadi rujukan saya dalam penulisan ini. Semoga boleh mengingatkan kita semua dan diri saya supaya Lebih dekat dengan Allah s.w.t dan Rasullallah s.a.w. Inshaa Allah.

Tajuk pertama saya adalah mengenai penggunaan laman sosial. Sedia tahu lambakan lama sosial pada abad ini ada banyak seperti Facebook, Instagram, Twitter, Blog dan bermacam-macam lagi. Pelbagai cara kita gunakan dalam penggunaan lama sosial begini. Berbagai ragam dan cara digunakan untuk menarik perhatian dan mencantikkan laman sosial kita. Pelbagai juga 'post' dan gambar kita masukkan untuk rakan-rakan kita. Pelbagai 'comment' pula yang kita buat dan kita dapat. Gembira dapat berinteraksi semula engan kawan yang sudah lama tidak kita jumpa. Lebih seronok dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru. Bukan itu banyak membawa kebaikan kepada kita dalam kehidupan kita bermasyarakat. Nampak seperti tiada masalah kan. Jika betul kenapa sesetengah negara mengharamkan laman sosial sebagai contoh China atau Iran? Kenapa perlu disekat penggunaannya jika ia boleh mendekatkan kita dengan orang ramai? Hari ini saya cuba mengungkap kelemahan dan kesilapan yang saya nampak dalam penggunaan laman sosial ini. Maaf jika ada yang terasa tetapi cuba berfikir secara positif dan terbuka kerana saya cuba melihat dari perspektif penyalahgunaan laman sosial dalam kehidupan kita. Saya hanya berkongsi apa yang saya lihat dan saya belajar dari pengalaman dan apa yang saya pelajari mengenai platfom yang amat popular ini.

Laman sosial ini sudah lama berada di dalam negara kita seingat saya bermula dengan MIRC. Saya sendiri mula kenal MIRC semasa saya bersekolah dalam tahun 1997. Berbeza dengan sekarang laman interaksi ini lebih kepada berbual secara langsung atau 'live'. Kita tidak dapat melihat siapa yang kita sedang berinteraksi hanya nama atau 'nickname' sahaja yang kita kenali. Kemudian mula muncul MySpace dan mula berkembang luas selepas Facebook diperkenalkan. Pada permulaan nampak baik tetapi akibat terlalu leka kita telah banyak terlepas pandang garis panduan yang agama kita telah letakkan dalam kehidupan seharian kita.

Ramai yang mengatakan kepada saya mereka bukan buat apa-apa hanya berinteraksi dan berkongsi dengan rakan-rakan dan orang ramai pengalaman mereka gambar mereka dan kehidupan mereka. Ini isu pertama yang ingin saya katakan. Pertama mengenai profile kita. Pernah sahabat semua terfikir adakah perlu kita memberitahu semua orang tentang peribadi kita? Tarikh lahir kita, tempat tinggal kita, dimana kita belajar, dimana dan apa pekerjaan kita. Yang lebih hebat lagi sekarang boleh tunjukkan lokasi kita berada dimana kita sekarang. Pernah sahabat semua terfikir didalam dunia laman sosial ini tiada batasan. Pepatah melayu ada mengatakan 'Rambut sama hitam tapi hati tidak sama warna'. Dari pepatah ini banyak kita boleh kupas lagi mendalam. Bila kita meletakkan butiran peribadi kita kepada orang ramai kita mendedahkan bahaya kepada diri kita Berapa ramai antara kita meletakkan 'password' kita tidak kira email atau laman sosial atau juga akaun bank kita melalui tarikh lahir kita. Ada juga meletakkan nama orang tersayang sebagai 'password'. Bila kita letak di profil bukan mudah untuk orang mengambil nombor itu. Jangan katakan orang tidak akan terfikir kerana anda semua perlu faham seorang penggodam atau 'hacker' hanya perlukan sedikit informasi tentang diri anda untuk mencuba menggodam akaun anda. Jika penjenayah pula mereka boleh memantau anda kerana mereka tidak perlu bersusah payah untuk mengikut anda hanya perlu melihat anda dimana dan menunggu ditempat yang anda biasa pergi atau tempat tinggal atau tempat kerja anda dimana. Mungkin sekarang ramai yang mengatakan bahawa mereka telah 'private' akaun mereka. Betul anda 'privatise' akaun anda. Satu permasalahan yang saya ingin bertanya dalam beratus atau beribu rakan-rakan anda berapa ramai yang betul anda kenal. Berape banyak 'fake' akaun yang berada dalam rakan anda itu. Cuba anda lihat dan periksa semula. Untuk membina satu akaun tidak susah kerana kita hanya perlu sedikit informasi yang perlu di isi dan letak beberapa gambar untuk menguatkan kepercayaan orang kepada kita. Selain itu kita boleh membina beberapa akaun 'fake' yang lain dan kita 'add' sebagai rakan untuk menampakkan akaun kita adalah benar. Saya ingin bertanyakan anda berapa ramai rakan kita itu yang kita pernah jumpa atau berinteraksi dalam dunia realiti?. Tidak mengapa nanti saya akan ceritakan lagi mengenai rakan dalam laman sosial ini. Berbalik kepada profil kita. Pernah kah anda membaca profil kawan kita mngatakan dia seorang 'manager' atau belajar di Oxford University. Wow pasti anda akan rasa hebatnya mereka. Kita pula mula memuji dia dan memandang tinggi kepada mereka. Pasti mereka ini orang yang hebat dan berjaya. Ingin saya bertanya kepada sahabat adakah perlu kita dipandang hebat atau pujian dari manusia kita perlukan. Sahabat sedarlah dari pujian sebegini akan menimbulkan sifat riak dan banggakan diri walau tidak banyak sedikit pasti akan ada dalam hati akan timbul. Kita mula bangga dengan pujian dan pandangan manusia. Dari itu kita mula merasakan bahawa kita susah untuk ditegur dan semua orang perlu mendengar pandangan kita sahaja kerana kita adalah orang yang hebat. Ye lah kita seorang yang berjaya seorang 'Manager' atau seorang yang berpelajaran tinggi. Dari itu pula timbul pula perasaan iri hati dari rakan yang melihat kita sebegini. Ada pula orang yang cuma mencari kesalahan kita pula kerana merasakan sahabat terlalu bangga penunjukkan pangkat atau pelajaran tinggi anda. Ini kerana kita tiada pengimbas atau scanner untuk melihat adakah hati rakan kita ini ikhlas atau tidak. Jangan katakan rakan sahaja mungkin rakan rapat atau saudara kita boleh menjadi iri hati dengan apa yang kita tunjukkan. Saya sendiri mempunyai pengalaman dikatakan berlagak oleh saudara sendiri kerana membeli sebiji kereta. Jadi jangan sangkakan air yang tenang tiada buaya. Renungkan sejenak sahabat adakah perlu kita menimbulkan masalah sebegini. Pujian dari manusia atau Pujian Allah yang kita perlukan? Perlukah kita membanggakan diri kita mengenai kejayaan dunia kita yang sementara ini? Adakah kehidupan abadi nanti kita berjaya seperti di profil kita. Adakah kita ingin menjadi penyebab sifat iri hati timbul dari orang yang melihat profil kita? terpulang untuk anda fikirkan kerana dalam islam kita dianjurkan untuk bersifat merendahkan diri tetapi adakah dengan menunjukkan kerjaya kita dan ukuran pelajaran kita mengikut sifat yang dianjurkan oleh Rasullah s.a.w. Adakah kita seorang Menteri atau doktor yang merawat yang perlu kita tahu setakat mana kemahiran mereka dengan pelajaran mereka atau pangkat mereka? Fikirkan dan renungkan sahabat. Seperti anda tahu ada juga status perhubungan kita. Bagi saya itu adalah perkara yang boleh cuma jika sahabat semua perasan terdapat beberapa status yang tidak berapa sesuai jika kita kaji semula. Pasti kita ada terlihat status 'open relationship'. Jika anda kaji maksud sebenar status itu ialah :An open relationship is an interpersonal relationship in which the parties want to be together but agree to a form of a non-monogamous relationship.[1] This means that they agree that a romantic or intimate relationship with another person is accepted, permitted, or tolerated. Generally, an open relationship is when the parties involved have two or moreromantic or sexual relationships occurring at the same time either as a short term relationship, such as dating, or long term relationship, such as marriage.[2] The concept of an open relationship has been recognized since the 1970s.[3]. Ini dipetik dari wikipedia. Jika dimudahkan ialah hubungan rambang yang saya rasa tidak dianjurkan oleh bangsa kita dan dilarang sama sekali di dalam Islam. Cuba sahabat lihat berapa ramai yang menggunakan status ini. Yang agak menyedihkan ramai juga antara sahabat-sahabat kita yang lain menggunakan tanpa mengetahui maksud sebenarnya. Kaji semula sahabat semua jangan terlalu mengikuti barat yang sentiasa cuba memesongkan akidah kita dengan perkara perkara sebegini.

Kedua saya ingin menceritakan tentang gambar-gambar yang kita amat suka hantar dalam laman sosial kita. Soalan pertama saya kepada sahabat semua pernah kah anda semua sedar setiap gambar yang kita masukkan didalam internet ini adalah kekal. Ramai yang menyangka apabila kita 'delete' gambar itu jadi hilanglah gambar itu. Dukacita saya ingin katakan gambar anda masih ada lagi. Mungkin didalam laman anda sudah tiada lagi tetapi jika anda search galam google masih ada lagi. Anda perlu tahu ada cache web yang masih mengekalkan apa sahaja post atau gambar yang kita pernah hantar. Bagi yang menggunakan secara biasa agak susah untuk kita cari tetapi pagi seorang penggodam ia tidak sebegitu susah. Saya boleh mengatakan begini kerana saya sendiri pernah search blog sahabat lama saya walaupun dia sudah tutup tetapi saya masih dapat lagi tangok last cache post dia. Jadi percaya lah ia masih kekal. Selepas itu ini saya cuba utarkan terutama kepada wanita. Ramai yang suka mengambil gambar bermacam-macam mimik dan banyak selfie. Nampak comel-comel dan ayu. Ada juga lelaki yang suka menghantar gambar begini juga. Jika ditanya ramai yang akan menjawab ini untuk suka-suka. Pernah sahabat semua sedar jika kita mengambil gambar yang boleh menaikkan nafsu seorang yang bukan muhrim itu adalah haram. Bergambar comel serta berpakaian yang mendedahkan aurat itu anda sedia tahu itu adalah dosa besar. Tetapi jika anda bertudung tetapi pakaian anda masih menampakkan bonjolan buah dada dan punggung anda tidak banyak beza nya dengan tidak menutup aurat.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah al-Nur : 31)

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.” (Surah al-Nur : 31)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad bahawa Nabi SAW menghadiahkan Usamah bin Zaid sehelai pakaian (yang berasal) dari Mesir. Lalu Usamah memberikannya kepada isterinya dan Nabi SAW berkata kepadanya, “Perintahkan isterimu untuk mengenakan pakaian dalam pada bahagian bawahnya. Sesungguhnya aku mengkhuatirkan nampak bentuk-bentuk tulangnya.”

Saya sertakan sekali hadis dan ayat tafsiran yang boleh kita fikirkan Inshaa Allah. Ada beberapa lagi yang tidak saya sertakan semoga yang ini cukup untuk kita berfikir adakah pakaian yang kita pakai adalah berlandaskan hukum Allah swt.

Ada pula sahabat-sahabat kita yang bergambar melentik-lentik lah menampakkan punggung dan dada. Ini semua boleh menimbulkan fitnah sahabat semua. Jika sahabat tidak percaya sekarang ada wujud 'web' atau laman yang mengambil gambar-gambar wanita yang bertudung. Cuba sahabat 'search' awek-impian.net. Itu salah satu web yang mengambil gambar wanita terutama bertudung atau seksi. Bukan saya cuba menakutkan seperti pernah seorang sahabat saya katakan ' kolot lah semua tidak boleh tidak faham kehendak kita' tetapi perkara ini berlaku juga. Bukan susah untuk anda download gambar seseorang dari laman sosial nya. Hanya copy sahaja gambar itu boleh disimpan. Ingin ke gambar kita digunakan untuk diubah dan diletakkan gambar lain atau digunakan oleh orang yang berniat tidak baik. Kalau boleh elakkan lah fitnah sahabat semua bak kata pepatah ' mencegah lebih baik dari mengubati'.

Satu lagi permasalahan ialah rakan dalam laman sosial. Seronok mempunyai rakan dan kawan dan ramai. Bersembang berkongsi masalah,'enjoy', ceritakan mana kita hendak pergi, apa pengalaman kita dan bermacam-macam lah perkongsian yang kita boleh buat. Sebelum saya teruskan saya ini, saya ingin menyatakan bukanlah saya ini tidak suka berkawan. Saya juga mempunyai rakan dan ada yang saya masih hubungi dari rakan sekolah rendah sehingga rakan kerja sekarang. Masalah yang saya ingin nyatakan banyak antara kita terlalu seronok ingin berkawan dan berkenalan sehingga kita terlupa untuk mengkaji dahulu siapa dahulu kawan kita. Kita terlalu seronok untuk 'accept' semua friend request sehingga ramai yang lupa mengkaji adakah kawan kita itu adalah rakan benar atau hanya 'fake account'. Cuba sahabat lihat seperti telah saya nyatakan diawal penulisan ini ade orang akan cuba menggodam akaun kita. Terdapat banyak sebab dan jangan katakan anda tidak terdedah kepada bahaya ini. Jika anda tanyakan kepada penggodam ada yang menggodam kerana bekas kekasih atau musuh lama atau mungkin hanya untuk mencuba sebagai eksperimen. Jadi sebelum anda menerima sebarang 'request' periksa dahulu sahabat.



Dalam ramai kawan laman sosial ini kita seronok berinteraksi sehingga tidak sedar sebenarnya siapa rakan mereka ini sebenarnya. Sahabat perlu ingat didalam laman sosial ini tiada pengesahan yang mengatakan bahawa maklumat yang kita beri adalah benar. Saya beri contoh mudah umur seseorang itu boleh diletak berapa sahaja yang penting kita perlu lebih 18 tahun. Jika kita buka akaun pernah anda semua diminta memberi tanda pengesahan maklumat kita. Tidak kan. Jadi fikirkan sahabat adakah maklumat rakan anda adalah benar. Kita mungkin boleh kata ' tidak mengapa bukan dia kenal atau jumpa aku pun' tetapi jangan lupa seperti saya katakan tadi seseorang yang ingin menggodam anda tidak perlukan banyak pun maklumat anda cuma sedikit sahaja boleh membuatkan mereka memasuki dan mengganggu hidup anda.

Ada juga diantara kita yang berkongski perasaaan melalui status atau message kepada sahabat. Meminta pandangan dan berkongsi masalah masing-masing. Mungkin ada yang berborak dengan kawan sekolah atau rakan kerja yang lama tidak dijumpa seperti mereka masih lagi bersama dahulu. Pernah sabahat renungkan setelah bertahun-tahun kita tidak berjumpa adakah sahabat kita itu adalah orang yang sama. Contoh mudah letakkan kepada diri kita sendiri setelah bertahun adakah kita masih lagi seperti kanak-kanak atau remaja yang sama seperti sekolah dahulu. Pasti kita sudah berubah kan dan kita kena tahu serubahan manusia berbeza tidak sama seperti kita. Saya rasa sahabat semua boleh renungkan dan ambil masa berfikir sejauh mana kepercayaan kita kepada sahabat kita. Saya beri satu cerita mudah mengenai seorang sahabat ini yang mengenali seorang kawan sekerja. Mereka menjadi amat baik dan sentiasa berkongsi masalah duka dan duka bersama. Segala pandangan sahabatnya itu lebih dipercayai dari bakal suaminya sehingga masalah untuk perkahwinan sahabat ini dia lebih mendengar kawan dia katakan. Akhirnya dia memutuskan untuk memutuskan ikatan setelah merasakan bakal suaminya itu terlalu banyak kekurangan walaupun sudah bertahun mereka bersama. Jadi dipendekkan setelah beberapa lama lama baru sahabat ini sedar kawan baik dia ini sebenarnya menikam dia dari belakang dengan banyak memburukkan dirinya kepada majikannya. Jadi setelah itu baru dia tahu bahawa kawan dia yang disangkakan sahabat sehidup semati itu hanya inginkan kehancuran dirinya. Ini contoh yang mudah sahabat yang kita jumpa seharian dan selalu berbual. Adakah sahabat semua percaya lagi sahabat laman sosial anda. Bukan saya cakap tidak perlu percaya tetapi berhati- hatilah dalam setiap pergaulan kita. Periksa dan perhatikan dahulu siapa yang perlu kita beritahu masalah kita jangan sampai membuka aib orang lain dan diri. Nauzubillahiminzalik..




Rayuan Rindu - Raihan

Assalamualaikum..
Lagu Raihan ini antara lagu yang menyentuh.. Semasa kecil saya hanya lancar lagu ini tetapi bila sudah dewasa dan dapat menghayati lagu ini.. Mashaa Allah betapa indah kata-kata nya.. Semoga mendekatkan kita kepada Pencipta kita dan Kekasihnya.. Inshaa Allah..



Rayuan Rindu - Raihan

Hatiku merayu rindu
Kasihku padaMu syahdu
Munajat hamba padaMu
Mengharap kasih sayangMu

Carilah ilmu mengenal Allah
Tanamkan takut neraka Allah
Sampaikan harap surga Allah
Carilah keredhaan Allah

Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habibullah
Walau tak pernah bersua
Cintaku tetap membara

Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habibullah
Engkaulah buah hatiku
Engkaulah kekasih Allah

Alangkah indah peribadimu
Tidak tergambar mulia akhlaqmu
Engkaulah rasul pilihan Allah
Kaulah rahmat seluruh alam

My heart is loving You
My heart is just for You
Knowing You Allah
I will try to get close to You

Let us find the way to know God
Feel the torches of hell-fire
Think of pleasures of paradise
Find the way to get Allah's love

Hatiku merayu rindu
Kasihku padaMu syahdu
Bertemu Allah yang esa
Menjadi idaman kalbu

25 Rasul - Raihan

Assalamualaikum..
Lagu ini amat berguna kepada saya.. Semasa saya sekolah lagu ini amat popular dan jika kita minat kita pasti lancar lagu ini kan.. Jadi dengan lagu ini juga lah saya dapat mengingati nama2 dan urutannya semua nabi yang wajib kita ketahui.. Ia kan salah satu rukun iman kita.. Lagu2 raihan banyak membantu saya dalam mengingati rukun islam, rukun iman, nama2 rasul dan saya masih ingat lagi saya siap nyanyikan semula dalam hati semasa peperiksaaan Agama islam jika soalan-soalan berkaitan keluar.. Jazakallah Raihan..





25 Rasul - Raihan


Assolaatu 'alannabi
Wassalaamu 'alarrosul
Wal ambiya il mursaliin
Kulluhum mukromun

Selawat keatas nabi
Sejahtera keatas rasul
Nabi - nabi yang diutuskan
Mereka semua adalah mulia

Adam,
Idris,
Nuh,
Hud,
Soleh
Ibrahim,
Luth,
Ismail
Ishak,
Yaqub,
Yusuf,
Ayub,
Syuaib,
Musa,
Harun,
Zulkifli
Daud,
Sulaiman,
Ilyas,
Ilyasa',
Yunus,
Zakaria,
Yahya,
'Isa,

Wal akhiru khotimul ambiyaa
Muhammad al musthofa

Assolaatu 'alannabi
Wassalaamu 'alarrosul
Wal ambiya il mursaliin
Kulluhum mukromun

Selawat keatas nabi
Sejahtera keatas rasul
Nabi - nabi yang diutuskan
Mereka semua adalah mulia

Terangkan hati kami ya Allah
seperti hati rasulMU ya Allah

Adam,
Idris,
Nuh,
Hud,
Soleh
Ibrahim,
Luth,
Ismail
Ishak,
Yaqub,
Yusuf,
Ayub,
Syuaib,
Musa,
Harun,
Zulkifli
Daud,
Sulaiman,
Ilyas,
Ilyasa',
Yunus,
Zakaria,
Yahya,
'Isa,

Wal akhiru khotimul ambiyaa
Muhammad al musthofa

Assolaatu 'alannabi
Wassalaamu 'alarrosul
Wal ambiya il mursaliin
Kulluhum mukromun

Selawat keatas nabi
Sejahtera keatas rasul
Nabi - nabi yang diutuskan
Mereka semua adalah mulia

Terangkan hati kami ya Allah
seperti hati rasulMU ya Allah

Terangkan hati kami ya Allah
seperti hati rasulMU ya Allah

Adam,
Idris,
Nuh,
Hud,
Soleh
Ibrahim,
Luth,
Ismail
Ishak,
Yaqub,
Yusuf,
Ayub,
Syuaib,
Musa,
Harun,
Zulkifli
Daud,
Sulaiman,
Ilyas,
Ilyasa',
Yunus,
Zakaria,
Yahya,
'Isa,

Wal akhiru khotimul ambiyaa
Muhammad al musthofa

Selawat keatas nabi
Sejahtera keatas rasul
Nabi - nabi yang diutuskan
Mereka semua adalah mulia....

Ya Rasullallah - Raihan

Assalamualaikum..
Sempena Maulidur Rasul yang lepas saya tidak sempat post lagu2 untuk Rasullallah.. Lagu raihan ini saya kenal semasa saya sekolah rendah.. Amat menyentuh hati dan boleh mengalir air mata setiap kali saya menyanyikan lagu ini.. Ya Rasullallah terimaku sebagai umat mu dan berikan lah syafa'atmu..




Ya Rasulullah – Raihan

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Wednesday, 15 January 2014

Terasing - Sudirman

Assalamualaikum..
Lagu ini mempunyai maksud yang amat mendalam.. Lagu ini Arwah Sudirman nyanyikan sempena perceraian nya.. Saya amat terusik dengan lirik lagu ini seperti berada dalam lagu ini.. Espresi yang baik seperti menceritakan apa yang saya alami juga..




Terasing - Sudirman

Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi api
Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu

Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali

Pemergianku mengisi permintaan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka

Ayah dan Ibu - Sudirman

Assalamualaikum..
Sudah beberapa hari saya tidak post ape2 kerana Ayah ditahan dihospital.. Saya post lagu ini untuk Ayah semoga Ayah cepat pulih.. Selagi Kami adik beradik ada Ibu dan Ayah tidak kami lupakan.. Lagu yang mengingatkan kita tentang Ibu bapa kita..




Ayah Dan Ibu - Sudirman

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Wednesday, 8 January 2014

Jumpo Kawan Lamo - Blues Gang

Assalamualaikum..
Lagu N9 ini tidak berapa ramai tahu tetapi sedap didengar kerana ia adalah musik Blues.. Lagu nostalgia juga ni selalu saya dengar masa kecil.. Blues gang ramai yang kenal dengan lagu Apo nak dikato.. Ini juga adalah salah satu loghat N9 mereka.. saya serta kan terjemahan dalam bahasa melayu.. Terima kasih..




Jumpo Kawan Lamo - Blues Gang

ehh macam kona (eh macam kenal)
kito ponah jumpo (kita pernah jumpa)
kau buek apo (kau buat ape)
tingga dokek mano (tinggal dekat mana)
den kojo polis (aku kerja polis)
dah lapan taun (dah lapan tahun)
pangkat bolum naik (pangkat belum naik)
ingek nak balik kampung (ingat nak balik kampung)

Korus:
buek apo balik kampung sawah dah tak ado (buat apa balik kampung sawah dah tak ada)
gotah tughun hargo ramai orang tak kojo (getah turun harga ramai orang tak kerja)
takkan nak melopong melangok kodai Ah Chong (takkan nak melopong berangan dekat kedai Ah Chong)
lobih baik kau sabar tunggu anak bosa (lebih baik kau sabar tunggu anak besar)

donga kau penyanyi (dengar kau penyanyi) 
torkona seluruh negeri (terkenal seluruh negeri)
tontu kau banyak duit (tentu kau banyak duit)
tapi kau jalan kaki (tapi kau jalan kaki)
ceghito pun takdo guno (cerita pun takda guna)
kito ni jadi mangso (kita yang jadi mangsa)
kojo bagai nak gilo (kerja bagai nak gila)
orghang lain yang kayo (orang lain yang kaya)

ulang Korus:

moh kito makan (jom kita makan)
poghut dah berbunyi (perut dah berbunyi)
bior den belanjo (biar aku belanja)
kito lamo tak jumpo (kita lama tak jumpa)
satu perkara laie (satu perkara lagi)
bilo kau balik cuti (bila kau balik cuti)
haghap kau tak kan lupo (harap kau takkan lupa)
kighim salam orang tuo (kirim salam orang tua)

Ubekkan Denai - Elly Kasim (Ubatkan diriku)

Assalamuualaikum..
Lagu ini adalah lagu minang yang selalu saya dengar semasa kecil dahulu.. Lagu ini dipopularkan oleh Elly Kasim tetapi Aishah ada juga merakamkan lagu ini.. Saya memang biasa dengar lagu minang sebenarnya sejak kecil lagi kerana dah duduk kat n9 kan x kan x tau lak lagu keturunan sendiri.. Bahasa minang ini hanya sebahagian kecil sahaja lagi orang N9 yang faham kerana atuk2 dan uwan2 dahulu banyak lagi cakap bahasa N9 dari Bahasa Minang.. Tetapi ada banyak juga bahasa minang yang ada didalam Loghat N9.. Saya pon faham dalam 80% bahasa minang ini untuk cakap tidak berape fasih.. Tapi Inshaa Allah keturunan asal kami tidak saya lupakan.. Saya sertakan terjemahan dalam bahasa melayu.. Maaf jika salah kerana saya beri terjemahan dalam pemahaman saya dalam bahasa minang.. Jika ada kesilapan dialu-alukkan untuk membetulkan.. Terima Kasih.. (Lagu pengubat lukaku)




Ubekkan denai- Elly Kasim (Ubatkan Diriku)


Ubekkan denai …(Ubatkan diriku)
Sakiknyo putuih dalam bacinto (sakitnya putus dalam bercinta)
Ubekkan denai …(Ubatkan diriku)
Sakiknyo putuih dalam bacinto (sakitnya putus dalam bercinta)

Carikan ubek tujuah ramuan (carikan ubat tujuh ramuan)
Sarato cincin nan balah rotan (serta cincin nan belah rotan)

Cincin lah lakek di jari Tuan (cincin lah lekat dijadi abang)
Di jari manih Tuan pasangkan (dijari manis abang pasangkan)
Cincin lah lakek di jari Tuan (cincin lah lekat dijadi abang)
Di jari manih Tuan pasangkan (dijari manis abang pasangkan)

Reff:

Ubekkan denai, ubekkan denai (ubatkan diriku,ubatkan diriku)
Batambah kuruih badan nan jariah (bertambah kurus badan yang lemah)
Tamukan denai, suokan denai (temukan daku,suakan daku)
Basuo mangko sanang dihati (bersua muka senang dihati)

Cincin siapo nan Tuan pakai (cincin siapa yang abang pakai)
Denai nan indak dibari tahu (Daku ini tidak diberitahu)

Lah tujuah tahun janji kok ungkai (setelah tujuh tahun janji terungkai)
Bakeh siapo denai mangadu (pada siapa ku ingin mengadu)
Lah tujuah tahun janji kok ungkai (setelah tujuh tahun janji terungkai)
Bakeh siapo denai mangadu (pada siapa ku ingin mengadu)

Ubekkan denai … (Ubatkan diriku)
Sakiknyo putuih dalam bacinto (sakitnya putus dalam bercinta)
Ubekkan denai … (Ubatkan diriku)
Sakiknyo putuih dalam bacinto (sakitnya putus dalam bercinta)

Saturday, 4 January 2014

Gadis Jolobu - Waris Feat Dato' Hattan

Assalamualaikum..
Lagu ini aantara lagu baru yang saya dengar sekarang.. Lirik yang banyak memberi penerangan tentang masyarakat N9.. Saya bangga dengan negeri kelahiranku.. Negeri tempat dibesarkan dan banyak mengajar tentang adab sopan santun sebenarnya.. Hidup dalam mengikut adat ada banyak kebaikan dan yang buruk kita boleh ubah kan.. Den Banggo Jadi Anak Jati Nogoghi.. Kami keturunan Waghih Kolang.. Korang Suku mano..





Gadis Jolobu - Waris Feat Dato' Hattan

Ko jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat(penangan) jolobu
Tak mati badan menghasai(merana)
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai(dipertikai)
Tak tahu tanyo dulu jangan goma(suka) memandai mandai

Coghito(cerita) eh bermulo, mulut ughang(orang) kampong
Kisah ramai gadis cantik kek jolobu berkampung
Ughang luar datang luar nak cari'an joki(rezeki)
Lain pulak jadi eh terpikek(terpikat) nak buek(buat) bini
Tapi silap, kono komat sampai tinggalkan keluargo
Kopit(kepit) bawah kotiak(ketiak) bini tanggungjawab lupo
Omak ayah rindu tapi dio buek(buat) bodoh
Dah takdo nak monyosa(menyesal) monangih(menangis) dopan kubur aiii

Ko jolobak ko jolobu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai mandai

Ughang luar salah tafsir koba(cakap) gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto(harta) jadi milik dio
Jangan salah anggap,napo(kenapa) lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dalam hutan

Zaman dah boghubah(berubah), adat ditolan zaman
Dah takdo mewaghisi(merwarisi) coghito(cerita) bertauladan
Apotah laie, mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti(reti)

Poie tanyo omak, poie tanyo uwan(nenek)
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
"sebagai suatu warisan"

Ko jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai mandai

Ko jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai mandai

Wak wak(burung wak2) makan padi si lomang dalam buluh(masak lemak)
Kok dah dapek(dapat) yang dicari jangan terlansung(terlepas) semayang subuh
Ayam berkokok umah ponghulu itu tando haghi(hari) nak siang
Kok dah dapek oghang jolobu tak sabar nunggu malam ko(ke) siang

Wak wak makan padi si lomang dalam buluh
Kok dah dapek yang dicari jangan terlansung semayang subuh
Ayam berkokok umah ponghulu itu tando haghi nak siang
Kok dah dapek oghang jolobu tak sabar nunggu malam ko siang

Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap, napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dalam hutan

Zaman dah boghubah, adat ditolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie, mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti

Poie tanyo omak, poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
"sebagai suatu warisan"

Ko jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai mandai

Ko jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai mandai